Welcome! This is a website that everyone can build together. It's easy!

Masalah Bau BadanThis is a featured page

Bila kita meningkat dewasa, kelenjar apoccrine mengeluarkan peluh yang mengandungi lemak berlebihan, punca bau badan.
Masalah bau badan berpunca daripada badan yang kurang bersih. Makanan akan menyumbang lagi keadaan ini. Mungkin ramai yang tidak dapat menerima pandangan ini, kerana masing-masing mengaku aku mandi tiap hari 2x, tak bersih ke? Ya, selepas mandi badan anda memang tidak berbau, tetapi setelah berpeluh aroma yang tidak menyenangkan ini mula menonjolkan diri. Mengapa?

Peluh dihasilkan oleh kelenjar accrine dan apoccrine yang berada di lapisan kulit kita. Kelenjar accrine terdapat di seluruh badan kita. Kelenjar ini sudah ada sejak kita kecil lagi. Fungsi utamanya ialah untuk mengatur suhu badan kita melalui proses berpeluh. Tetapi kelenjar apoccrine banyak terdapat di bahagian ketiak, dan bahagian-bahagian lain yang berbulu. Kelenjar ini juga berfungsi mengeluarkan peluh secara lebih aktif sebaik sahaja usia kita meningkat remaja. Peluh yang dihasilkan adalah dipengaruhi oleh rangsangan emosi. Peluh dari kelenjar apoccrine mengandungi banyak lemak dan protin. Inilah yang menjadi punca bau badan yang menyerlah sebaik sahaja kita meningkat remaja. Kanak-kanak tidak mengalami gejala ini.

Bau busuk adalah berpunca dari penguraian bahan-bahan protin yang terkandung dalam peluh yang dikeluarkan oleh apoccrine . Mikrob mengurai peluh untuk makan. Penguraian bahan protin ini menghasilkan sejenis bahan amonia. Kita tahu amonia memang sifatnya berbau busuk. Inilah punca bau badan. Bagaimana cara mengatasinya? Anda perlu ingat bahawa kulit badan kita terbina daripada jutaan sel-sel yang membentuk tisu kulit. Dan sepanjang masa tisu ini memang mati diganti dengan kulit yang baru. Tisu yang mati ini akan membentuk belulang nipis yang menyelaputi badan kita. Jika tidak dibuang, mikrob akan tinggal di sini, dan makan peluh kita. Sisa makannya ialah amonia yang menyebabkan bau badan. Jadi anda perlu pastikan supaya membuang belulang tersebut setiap kali anda mandi. Ini bukan kerja mudah tetapi tidak pula susah. Saya menggunakan kain sintetik yang khas untuk membuangnya.

Bagaimana cara menghilangkannya? Buang lapisan-lapisan nipis belulang dengan apa cara sekalipun. Tetapi adalah lebih praktikal dilakukan ketika mandi. Kain sintetik ini adalah direka khas dengan tekstur permukaannya yang kasar supaya dapat menghakis lapisan-lapisan nipis belulang di kulit. Dengan kain biasa sama ada dari jenis kapas atau linen, atau kain tuala kurang berkesan, kerana teksturnya bukan untuk tujuan ini.


Jadikanlah hari esok lebih baik daripada hari ini.

Salam dari mola (ybmate@yahoo.com)

Dapatkan berita semasa tentang bau badan di sini.
Sila mendaftar, agar anda sentiasa menerima news letter terbaru.

Mungkin anda berminat dengan KEFAHAMAN ISLAM
Harap tidak keberatan membacanya di sini.








No user avatar
cikguyb
Latest page update: made by cikguyb , Oct 25 2011, 12:32 AM EDT (about this update About This Update cikguyb Edited by cikguyb

1 word added
1 word deleted

view changes

- complete history)
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.